Sabah memperluaskan sumber dan meningkatkan hasil negeri menerusi dua lagi produk petroleum yang akan dikenakan cukai jualan negeri mulai 1 Ogos 2022.<br /><br />Menteri Kewangan Kedua Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua produk itu ialah ammonia dan urea yang dianggarkan menyumbang sejumlah RM46 juta ke atas hasil negeri pada tahun ini.